Assalamualaikum.. Saya Saiful Amin dan berumur 25 tahun. Seorang yang berkelulusan dalam bidang Sains dan Komputer. Saya kini sedang menetap di Bangi. Tujuan saya menghantar proposal dalam bentuk blog ini adalah untuk mencari sponsor dana untuk laman sosial saya iaitu Marshable.my (www.marshable.my) . Dahulu pada hujung tahun 2012 saya telah bina 1 laman sosial yang pertama di Malaysia. Memang sambutan amat menggalakkan pada ketika itu. Namun ia cuma bertahan selama hampir 5 bulan sahaja disebabkan kekurangan kewangan untuk tampung bayaran server pada ketika itu. Marshable aktif Dari hujung 2012 sehingga awal 2013. Jumlah pengguna yang berdaftar dalam laman Marshable masa itu hampir 100,000 orang jugak dalam masa tak sampai 3 bulan. Alhamdulillah diterima ramai dan dibantu page serta group untuk menyebarkan laman ini. Ketika itu domain saya belum didaftarkan under mynic (.my) .. Skrang dah guna domain khas untuk Malaysia.
Boleh lihat laman saya pada ketika itu di gambar2 dibawah ini. Saya sertakan sekali feedback2 pengguna2 Marshable juga. Anda sendiri boleh search marshable di Facebook. Skroll area tahun 2012/2013. Akan jumpa bnyak feedback2 lagi. Bawah ni saya paparkan yang sebahagian sahaja.
Persoalan?
Apa beza laman ini dengan Facebook?
Site ini mempunyai forum tersendiri. Jadi di forum itu nanti akan saya siapkan kategori. Jadi pengguna Marshable boleh create any topik untuk dibincangkan
Marketplace turut ada dalam laman ini. Mana2 pengguna yang nak iklankan apa jua produk, pet, servis apa jua skali pon. Boleh dilakukan menerusi fungsi ini. Ia lebih kurang sama jugak seperti laman mudah.my.
Fungsi announcement pon menarik juga pada saya. Jika saya ada sebarang info yang nak diberitahu pada semua. Saya just update dalam sistem, jadi info yang saya sampaikan itu akan terpapar pada main page. Jadi memang semua akan nampak info itu. Jangan risau ia sedikit tidak merimaskan pengguna sebab design paparan pengumuman itu cukup mesra pengguna. Mereka boleh klik pangkah juga jika tidak mahu melihat info tersebut.
Paling best pada laman ini adalah fungsi live streaming. Pengguna Marshable boleh mendengar pelbagai jenis stesyen radio Malaysia. Selain itu program TV, drama2, filem terkini turut dipaparkan juga dalam site ini. Tidak lupa juga live streaming bola sepak antarabangsa turut disediakan untuk tontonan penggemar bola sepak.
Bagaimana untuk sebarkan laman ini kepada umum?
Tentang itu jangan risau. Saya akan blast laman sosial ini di group total juta2 pengikut yang saya ada selain sy jugak akan buat FBads untuk memperkenalkan lagi laman ini. Insyaallah bila ramai dah tahu nnti mmg diorang sendiri akan promote dekat rakan masing2. Dan boleh jadi juga akan dibantu dengan page2 besar. Lihat saja laman sosial Ummaland yang pernah viral di FB apabila wujudnya laman sosial seperti FB yang bercirikan islamik. Insyaallah produk tempatan juga pasti akan dapat menarik minat admin2 page untuk memviralkan laman ini nanti.
Bagaimana untuk sebarkan laman ini kepada umum?
Tentang itu jangan risau. Saya akan blast laman sosial ini di group total juta2 pengikut yang saya ada selain sy jugak akan buat FBads untuk memperkenalkan lagi laman ini. Insyaallah bila ramai dah tahu nnti mmg diorang sendiri akan promote dekat rakan masing2. Dan boleh jadi juga akan dibantu dengan page2 besar. Lihat saja laman sosial Ummaland yang pernah viral di FB apabila wujudnya laman sosial seperti FB yang bercirikan islamik. Insyaallah produk tempatan juga pasti akan dapat menarik minat admin2 page untuk memviralkan laman ini nanti.
Apa kelebihan akan pelabur dapat jika sudah menaja nanti?
Kelebihan profit sharing 30% monthly dari apa jua iklan di laman ini. Jadi kira anda umpama macam pemegang saham jugak lah. Saya akan apply google adsense untuk laman ini nanti . Jadi profit akan dapat melalui iklan adsense tersebut yang dibayar dalam bentuk USD. Insyaallah jika laman ini diminati ramai lagi lebih dari itu pon boleh dapat. Tidak tahu apa itu google adsense? Boleh lihat sample iklan adsense dibawah yang diguna pada website harian metro. Selain itu jika penaja ada buat sebarang bisnes, saya juga akan paparkan iklan selaku penaja di ruang pengumuman dimana semua pengguna boleh nampak iklan tersebut. Ini adalah bisnes long term, insyaallah kita boleh pergi jauh jika semuanya berjalan lancar.
Contoh iklan google adsense
Bagaimana boleh penaja tahu bahawa saya owner Marshable.Net pada ketika itu?
Boleh lihat FB personal saya Saiful Ranchodas. Kemudian di timeline saya pilih tahun 2012 dari bulan disember sehingga March 2013, memang saya aktif post tentang laman ini pada ketika itu.
Berapa dana yang diperlukan untuk menaja Marshable ini?
Okay dana yang diperlukan untuk permulaan adalah 539 USD (RM2,300). Boleh rujuk gambar dibawah. Ini adalah untuk pembelian script baharu dari platform social site ini. Yang sedia ada yg saya gunakan sekarang hanyalah sementara sahaja untuk paparan anda. Ia tidak boleh digunakan sebab ianya unlicensed. Jadi untuk long term memang tidak digalakkan memakai script yang tidak sah dari pihak provider itu sendiri. Jangan risau, tentang payment pembelian script ini anda sendiri yang akan uruskan bukan melalui saya. Saya tak nak ada unsur kurang percaya pada diri saya nanti. Kemudian selepas itu hanya mantain bayar sewa bulanan untuk server sahaja yang pada ketika ini harga sekitar RM400. Yang ini juga anda boleh uruskan sendiri payment jika nak tanpa melalui saya. If nak saya uruskan boleh cakap saja ya.
Jika saya sudi hendak sponsor laman ini, bagaimana?
0 comments:
Post a Comment