Thursday, August 17, 2017

Nie Lelaki Aku, Jangan Ada Yang Nak Bawak Pergi Karaoke Plak Ye – Tya Adnan

Nampaknya kontroversi yang melanda dunia hiburan tanah air minggu lalu begitu hangat diperkatakan sehingga ramai selebriti yang bergelar isteri tampil untuk memperkenalkan suami masing-masing. Iyerlah, masing-masing takut suami kena rembat dengan wanita lain. Hehehe. Isteri mana tak sayang suami kan? Terbaru, Tya Adnan telah mengingatkan kembali “wanita-wanita” di luar sana bahawa Syukri Yahya adalah suaminya.
tya adnan syukri yahya
Sebelum ini, ada seorang wanita pernah mendakwa Syukri Yahya pernah menghantar mesej tidak senonoh kepada dirinya menerusi applikasi WeChat. Biasalah dunia serba moden ini, ramai yang cuba menyamar atau mengambil kesempatan. Yang menariknya, Tya Adnan turut memberikan satu komentar panjang lebar tentang isu yang sedang hangat ini. Menarik juga kata-kata Tya Adnan.
tya adnan syukri yahya
Abang Nara memang bersetuju dengan pendapat Tya Adnan. Ramai wanita di luar sana yang tidak kisah dengan status “suami” seseorang itu. Walaupun dah tahu, tetap nak mengorat dan beramah mesra juga. Akhirnya bila dah kantoi, rumahtangga si lelaki jahanam dan kebahagiaan yang kononnya dicari tidak ditemui. Masih ramai lagi jejaka bujang di luar sana. Elakkan mencari suami orang. Jangan bina kebahagiaan di atas air mata seorang wanita lain. Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment