Friday, August 14, 2015

Penduduk usung rumah pindah lokasi baru


Kuala Kangsar: Bagi mengembalikan nostalgia sekitar 1960-an, penduduk Kampung Ulu Piol, Manong, di sini, semalam, bersepakat memindahkan rumah seorang penduduk dengan mengangkatnya secara beramai-ramai.

Aktiviti yang disertai penduduk serta beberapa agensi lain seperti polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Perhutanan berjaya memindahkan rumah kayu milik Sani Mat, 53, ke tapak baru kira-kira 60 meter dari lokasi asal.

Sani yang gembira dengan usaha itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Manong Mohamad Kamil Shafie.

Menurutnya, dia yang membeli rumah itu hujung tahun lalu berharap lokasi baru bakal memberi keselesaan kepada keluarganya memandangkan ia lebih strategik.

0 comments:

Post a Comment