Mersing: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut apabila motosikal ditunggang dalam perjalanan menjemput adik perempuannya selesai mengaji al-Quran dilanggar kereta di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, Dell Akmal Mohd Ramle meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal Honda Wave ditunggang dirempuh Toyota Vios.
Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan M Kumar berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter dan parah di kepala berikutan tidak memakai topi keledar.
Katanya, kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan, Pahang bersama empat penumpang termasuk isterinya.
“Pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibebaskan petang semalam selepas diambil keterangan.
0 comments:
Post a Comment