PELAKON Lindsay Lohan mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli semasa di sekolah hanya disebabkan populariti yang diperolehnya sebagai pelakon.
Dia juga diejek kerana kepincangan keluarganya yang mendapat perhatian dunia.
Lindsay, 26, memberitahu, dia sentiasa diejek dengan pelbagai nama oleh rakan-rakan sekolahnya setiap kali filem barunya muncul di pawagam.
"Tambah buruk lagi mereka mempersendakan keadaan keluarga saya ketika bapa saya dipenjarakan," katanya seperti dilaporkan portal dailymail.co.uk.
Dalam pada itu, Lindsay berkata, atas dasar itu juga dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan belajar di rumah bersama tutor.
"Macam-macam perkara yang mereka cuba lakukan kepada saya sehingga pada satu tahap ia meninggalkan kesan kepada diri saya," katanya.
-mStar
0 comments:
Post a Comment