Monday, October 01, 2012

Intan Ladyana Korban Rambut Demi QYRA


Pelakon Intan ladyana , yang selama ini terkenal dengan imej berambut panjang sanggup mengorbankan rambutnya itu demi mencari kelainan dalam lakonan.Jelas Intan, pengorbanan itu terpaksa dilakukan demi memberi watak yang berlainan dalam filem terbaru lakonannya, Dampak.


Luahan Intan Ladyana : Memang dah lama saya tidak berambut pendek. Seingat saya, kali terakhir ketika di zaman sekolah menengah. Sayang memanglah sayang. Tapi demi menjayakan watak Qyra dalam Dampak yang memerlukan dia ada kelainan berbanding adik-beradik yang lain, jadi saya pilih untuk memotong rambut saya.Pada mulanya saya risau imej ini tidak sesuai dengan wajah saya, tapi Alhamdulillah, ramai yang memuji. Jadi saya tidak lagi gusar sekiranya wajah saya kelihatan gemuk dan sebagainya.
Perkembengan Terbaru Intan Ladyana : Dia baru sahaja menghabiskan penggambaran Bini-Biniku Perkasa yang kini sedang ditayangkan di TV3.Selain itu, Intan juga akan memasuki set penggambaran filem terbarunya tidak lama lagi.Selaintu,Intan kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaru saya, Ape Celop Toqq. Selain itu ada empat lagi filem lakonan saya yang belum keluar di pawagam iaitu Sebelum Subuh, Pada Suatu Cinta Dahulu dan Adnan Sempit Tiga, termasuk Dampak.
-jomberita

0 comments:

Post a Comment