Monday, October 01, 2012

Datuk K Dan Datuk Siti Bakal Terima Menantu


anas yang duduk sebelah datuk siti tu ye u olzz

Penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K, menjemput semua rakan media tempatan ke majlis santai di kediaman  di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada malam esok, Khamis 27 september 2012.Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada semua rakan media, apakah tujuan sebenar majlis itu diadakan.Sehingga ada yang beranggapan,adakah Datuk Siti ingin mengumumkan yang dia sudah berbadan dua? Maklum sajalah itulah berita yang sangat dinantikan oleh rakan-rakan media dan semua peminat.
Menurut sumber yang rapat dengan keluarga ini : Semalam terdengar khabar gembira mengatakan keluarga Siti dan Datuk K sedang membuat persiapan bagi menyambut menantu tidak lama lagi.Dimana, anak sulung Datuk K iaitu Anas Zawawi,  akan melangsungkan perkahwinan dengan anak seorang VVIP pada Disember nanti di Kuala Lumpur.Selain itu, Anas mengenali gadis itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu dan sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas.Dalam pada itu,khabarnya majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dengan meriah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
“TAHNIAH DIATAS BERITA GEMBIRA INI DATUK K DAN DATUK SITI BAKAL TERIMA MENANTU”
-jomberita

0 comments:

Post a Comment