Thursday, September 27, 2012

WoW..!!.Inilah Aksi Gila Max Polazov Yang Tidak Takut Pada Ketinggian




Lelaki dari Rusia ini, Max Polazov, mempunyai obsesi yang menyeramkan. Bagaimana tidak, Max gembira dengan ketinggian dan menjadi urban climber.

Lelaki berusia 22 tahun ini tak pernah lupa mengambil gambar dirinya yang sedang beraksi di atas puncak bangunan tinggi. Max menggantungkan kakinya beratus meter di atas jalanan tanpa alat keselamatan sama sekali.

Untuk melakukan aksi gilanya tersebut, Max harus sembunyi-sembunyi dari pegawai polis. Namun Max tak pernah merasa takut tertangkap.

"Aku tidak takut melakukan semua ini kerana aku harus menumpukan perhatian penuh," ungkap Max. "Sebahagian besargambar-gambarku diambil pada ketinggian lebih dari 100 meter. Aku boleh mati bila-bila masa namun aku cuba untuk tetap berhati-hati. "

Sejak usia 17 tahun Max sudah menjalani hobi menyeramkan ini. Max sangat terobsesi memanjat bangunan setinggi-tingginya, kerana dia senang melihat dunia dari sisi yang berbeza. Sehingga sekarang ini Max baru menakluk bangunan-bangunan tinggi di bandar Rusia. Max bercadang akan menakluki bangunan di United Kingdom, Perancis dan Amerika.





0 comments:

Post a Comment