Tuesday, October 24, 2017
Seorang wanita berusia 30 tahun ditemui mati ditikam di hadapan tempat tinggalnya, iaitu sebuah pondok yang dijadikan sebagai pot untuk menghisap dadah. Tiada info mengenai motif atau suspek.
Posted by Jurungan in
Saturday, October 21, 2017
Assalamualaikum.. Saya Saiful Amin dan berumur 25 tahun. Seorang yang berkelulusan dalam bidang Sains dan Komputer. Saya kini sedang menetap di Bangi. Tujuan saya menghantar proposal dalam bentuk blog ini adalah untuk mencari sponsor dana untuk laman sosial saya iaitu Marshable.my (www.marshable.my) . Dahulu pada hujung tahun 2012 saya telah bina 1 laman sosial yang pertama di Malaysia. Memang sambutan amat menggalakkan pada ketika itu. Namun ia cuma bertahan selama hampir 5 bulan sahaja disebabkan kekurangan kewangan untuk tampung bayaran server pada ketika itu. Marshable aktif Dari hujung 2012 sehingga awal 2013. Jumlah pengguna yang berdaftar dalam laman Marshable masa itu hampir 100,000 orang jugak dalam masa tak sampai 3 bulan. Alhamdulillah diterima ramai dan dibantu page serta group untuk menyebarkan laman ini. Ketika itu domain saya belum didaftarkan under mynic (.my) .. Skrang dah guna domain khas untuk Malaysia.
Boleh lihat laman saya pada ketika itu di gambar2 dibawah ini. Saya sertakan sekali feedback2 pengguna2 Marshable juga. Anda sendiri boleh search marshable di Facebook. Skroll area tahun 2012/2013. Akan jumpa bnyak feedback2 lagi. Bawah ni saya paparkan yang sebahagian sahaja.
Persoalan?
Apa beza laman ini dengan Facebook?





Bagaimana untuk sebarkan laman ini kepada umum?

Apa kelebihan akan pelabur dapat jika sudah menaja nanti?

Contoh iklan google adsense
Bagaimana boleh penaja tahu bahawa saya owner Marshable.Net pada ketika itu?

Berapa dana yang diperlukan untuk menaja Marshable ini?

Jika saya sudi hendak sponsor laman ini, bagaimana?

Posted by Jurungan in
Thursday, August 17, 2017
Nampaknya kontroversi yang melanda dunia hiburan tanah air minggu lalu begitu hangat diperkatakan sehingga ramai selebriti yang bergelar isteri tampil untuk memperkenalkan suami masing-masing. Iyerlah, masing-masing takut suami kena rembat dengan wanita lain. Hehehe. Isteri mana tak sayang suami kan? Terbaru, Tya Adnan telah mengingatkan kembali “wanita-wanita” di luar sana bahawa Syukri Yahya adalah suaminya.

Sebelum ini, ada seorang wanita pernah mendakwa Syukri Yahya pernah menghantar mesej tidak senonoh kepada dirinya menerusi applikasi WeChat. Biasalah dunia serba moden ini, ramai yang cuba menyamar atau mengambil kesempatan. Yang menariknya, Tya Adnan turut memberikan satu komentar panjang lebar tentang isu yang sedang hangat ini. Menarik juga kata-kata Tya Adnan.

Abang Nara memang bersetuju dengan pendapat Tya Adnan. Ramai wanita di luar sana yang tidak kisah dengan status “suami” seseorang itu. Walaupun dah tahu, tetap nak mengorat dan beramah mesra juga. Akhirnya bila dah kantoi, rumahtangga si lelaki jahanam dan kebahagiaan yang kononnya dicari tidak ditemui. Masih ramai lagi jejaka bujang di luar sana. Elakkan mencari suami orang. Jangan bina kebahagiaan di atas air mata seorang wanita lain. Tak gitu?
Posted by Jurungan in
Impian peminat Fattah Amin dan Neelofa yang menginginkan beliau dan Neelofa bercinta nampaknya mungkin termakbul satu hari nanti apabila Fattah mengakui beliau masih berhubung dengan Neelofa meskipun drama Suri Hati Mr. Pilot sudah tamat bersiaran.

Bukanitu sahaja, Fattah akui mereka mempunyai hubungan yang agak rapat bersama Neelofa.
Saya masih lagi berhubungan dengan Lofa dan kami rapat. Saya akui, kami juga keluar bersama-sama. Bulan depan juga kami akan akan terbang ke Brunei untuk menjayakan majlis bertemu peminat drama Suri Hati Mr Pilot. Saya bersyukur kerana walaupun drama ini sudah tamat, sambutan hangat masih berterusan.
Berbicara mengenai harapan peminat yang berharap agar mereka benar-benar bercinta selepas menonton kemesraan Ejaz dan Warda didalam drama berkenaan, Fattah bagaimanapun hanya tersenyum lebar dan enggan mengulas lebih lanjut mengenainya.

Menurut Fattah, beliau menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan takdir.
Terima kasih kerana menyukai lakonan kami. Saya amat menghargainya. Kalau ditanya mengenai perkara lebih daripada itu, saya sendiri sukar untuk mengatakannya. Soal jodoh saya serahkan kepada Allah.

Kalau ada jodoh tidak kemana, namun kemesraan didalam kaca tv tidak cukup untuk memulakan hubungan percintaan. Kenal dahulu hati budi masing-masing dan jika serasi tidak salah untuk cuba bercinta.
Posted by Jurungan in
Pelakon Fattah Amin akhirnya tampil membuat pengakuan sebenarnya beliau yang enggan berlakon lagi bersama Neelofa didalam drama terbaru arahan Michael Ang iaitu Hero Seorang Cinderella. Pengakuan Fattah itu adalah susulan pengunduran diri Neelofa daripada drama berkenaan yang sepatutnya menggandingkan mereka berdua.

Keputusan itu dibuat setelah beberapa perbincangan dilakukan bersama Neelofa. Walaubagaimanapun, Fattah tetap enggan berkongsi punca beliau berbuat demikian.
Saya sudah berbincang perkara ini secara peribadi dengan Neelofa untuk menjelaskan sebab saya tidak mahu berlakon dengannya dan dia bersetuju dengan keputusan tersebut. Keputusan itu juga dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh saya kongsi dengan peminat. Sepatutnya perkara ini tidak timbul dan berlarutan sehingga sekarang.

Fattah hanya memberitahu tindakannya itu demi menjaga hati keluarganya dan Neelofa. Oleh itu, Fattah berharap peminat mereka dapat menerima keputusannya itu dengan baik dan tidak mahu fenomena Lofattah terus diperkatakan.
Adalah lebih baik untuk kami tidak berlakon bersama-sama pada masa terdekat. Mana tahu kalau ada rezeki pada masa akan datang, mungkin kami akan bergandingan semula.

Apa-apa pun, Fattah mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro kerana memberikan beliau peluang bukan sahaja untuk berlakon didalam Hero Seorang Cinderella tetapi beliau juga dapat memilih heroin yang bakal bergandingan bersamanya didalam drama tersebut.
Posted by Jurungan in