Wednesday, May 08, 2013

Hairul dan Hanis Zalikha sedang bercinta?



Pelakon yang baru naik namanya melalui Setia Hujung Nyawa, Hairul Azreen kini bakal menemukan kembali cinta barunya dengan seorang blogger terkenal yang bernama Hanis Zalikha. Ini adalah kerana banyak gambar mesra mereka berdua yang dimuatnaik dalam laman sosial menjadi bahan bualan.

Namun tidak menafikan yang Hairul mengenali Hanis sudah lama sejak bangku sekolah lagi dan kini dipertemukan dalam satu industri anak seni. Cuma hanya rapat sebagai kawan kerja sahaja buat masa ini.
"Saya mengenali Hanis sejak dari bangku sekolah lagi, kami mengenali melalui laman sosial Myspace. Sebetulnya hubungan kami berdua agak lama terputus sebelum ditemukan kembali di dalam industri ini.

"Buat masa ini kedua kami masih memberi fokus buat kerjaya sahaja. Apa yang menjadikan kami lebih rapat kini adalah sikap suka membantu Hanis

"Sebetulnya sudah hampir enam ke tujuh bulan saya berpisah, dan hubungan saya dengan Hanis memang baharu sahaja rapat. Namun itu bukan bermakna kami bercinta, kami hanya berkawan buat masa ini dan saya tidak fikir lagi ke arah itu.

"Biar saya berterus-terang, sebenarnya saya berada di tengah-tengah, sama ada saya bercinta atau tidak itu belum tahu lagi. Namun jika ditakdirkan kami tidak bercinta semestinya dia akan kekal menjadi rakan saya". -Hairul. Utusan

0 comments:

Post a Comment