Tuesday, October 02, 2012

Peluk Saja, Maka Vending Machine Ini Akan Keluarkan Minuman Percuma




Jika biasanya sebuah vending machine akan mengeluarkan barang yang dijual jika anda telah memasukkan sejumlah wang, maka yang satu ini berbeza.

Vending machine yang dikeluarkan oleh syarikat minuman Coca Cola ini hanya Perlu dipeluk, dan ia akan mengeluarkan setin minuman. Percuma tanpa memerlukan wang sama sekali.

Coca cola kali ini mempromosikan minuman perniagaannya itu dengan cara kreatif, iaitu mencipta sebuah vending machine yang unik. Namanya adalah vending machine 'Hug Me'.

Artinya adalah Peluk Aku. Dan memang, mesin tersebut baru bekerja jika seseorang memeluk mesin besar berwarna merah itu dengan hangat dan bersahabat.


Malangnya, mesin penjual unik tersebut untuk ketika ini hanya ada satu di National University of Singapore.

Sengaja dipasang oleh syarikat Ogilvy & Mather di sebuah universiti di tempat yang remaja berkumpul, agar suasana kasih sayang yang mulai hilang dapat kembali muncul.

Dalam kenyataan, Leonardo O'Grady, Pengarah IMC ASEAN The Coca Cola Company berkata;

"Kebahagiaan itu menular. Mesin Coca Cola Hug adalah idea yang mudah untuk menyebarkan sedikit kebahagiaan ", katanya seperti dipetik dari Forbes.

Memang, siapa yang tidak bahagia jika mendapat minuman percuma di zaman seperti ini. Bila mesin seperti itu sampai ke malaysia ya?

-tabekpuang

0 comments:

Post a Comment