Friday, October 05, 2012

Kulit Album Mizz Nina Tertera Allah S.A.W, Satu Kesilapan Yang Harus Segera Diperbaiki


Abang Nara tak pasti bagaimana kesilapan sebegini boleh terjadi. Namun kesalahan menggunakan “Allah S.A.W” harus diperbaiki dengan segera oleh Mizz Nina dan mereka yang terlibat dengan pembikinan albumnya. Seharusnya penggunaan yang sebenar ialah “Allah S.W.T” kerana “S.A.W” adalah untuk Nabi Muhammad.
kulit album mizz nina
Sekiranya mereka yang terlibat di dalam pembikinan kulit album ini ialah orang Islam, kesilapan semudah ini seharusnya tidak berlaku. Rasanya semua orang tahu apa yang patut digunakan dan apa yang tidak patut digunakan. Semoga Mizz Nina segera menyelesaikan kesilapan ini dan tidak mengulanginya lagi di masa hadapan. Kupasan lanjut boleh dibaca di www.hazrey.com.
-beautifulnara

0 comments:

Post a Comment