Ada beberapa perkara asas yang membezakan antara cybercafe disana dibandingkan dengan disini iaitu:
1. harga (mahal sangat),
2. kelajuan (sangat cepat),
3. keperluan (bukan cuma untuk internet).
Bercakap tentang harga, seperti biasa apa yang murah di sana? :-) Lama sewa mulai dari 15 minit sampai setengah hari dengan kos rata-rata sekitar 500 Yen (sekitar rm15) untuk 15 minit dan 1500 Yen (rm50) untuk 7-9 jam.
Internet cafe di Jepun juga kebanyakan tidak hanya sekadar tempat untuk ber-internet ria tetapi juga biasanya kita boleh membaca buku komik (manga) secara percuma dengan koleksinya yang lumayan banyak.
Dan bercakap mengenai tempat itu sendiri, mereka biasanya membaginya dalam 2 bahagian iaitu bilik terbuka dan bilik tertutup untuk privasi dengan bentuk bilik-bilik kotak (cubicles).
Dan bergantung permintaan, kita boleh memilih untuk satu bilik boleh diisi 1 orang, 2 orang atau lebih dari 2 orang. Dan kadang, mereka juga menyiapkan 2 komputer dalam satu bilik.
Sebahagian besar bilik tersebut sudah dilengkapi dengan pelbagai macam alat, mulai dari komputer itu sendiri, webcam, mic dan juga TV untuk menonton.
Bagi anda yang perokok seperti kami, jangan bimbang mereka juga menyediakan tempat bagi para perokok, lihat saja foto di bawah, itu ada asbak kan??
Walaupun sedikit mahal untuk ber-internetan disini, ada satu hal yang lumayan membuat kita sedikit senang iaitu kita boleh minum sepuasnya sampai kembung (dan PERCUMA) kecuali untuk makanan kecilnya, kita perlu bayar.
Terkini, bicara soal keperluan, belakangan ini ternyata internet cafe di sana tidak sekadar untuk internet tetapi juga sebagai tempat tidur bagi orang-orang tertentu seperti pekerja separuh masa atau sama seperti Love Hotels digunakan juga untuk tempat untuk bermalam bagi orang yang sudah ketinggalan kereta.
Alasannya sama saja dengan Love Hotels, iaitu internet cafe jauh lebih murah berbanding dengan mereka menginap di hotel, ditambah selain boleh tidur, mereka juga boleh internetan, baca komik (manga), mandi air panas (ada bilik mandi tetapi harus bayar biasanya) bahkan minum sampai kembung.
Satu hal yang sebenarnya sekarang menjadi masalah tersendiri bagi pemerintah disana seiring dengan peningkatan pengganguran dan juga orang yang mendadak tidak punya tempat tinggal (homeless) adalah kewujudan internet cafe sudah mulai berubah fungsi sebagai rumah sementara bagi mereka yang tidak punya tempat tinggal.
0 comments:
Post a Comment