Tuesday, October 02, 2012

Anne Ngasri Hanya Doakan Aliff Aziz Sembuh


Kecoh sana-sini mengenai cerita Aliff Aziz yang dikhabarkan sakit dada dalam minggu ini sebelum dia membuat persembahan pentas.
Sejurus kemudian itu, dia dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan penyanyi lagu ‘Jangan Ganggu Pacarku’ itu diserang penyakit Palpitasi Jantung atau denyutan jantung tidak teratur semalam.
Aliff telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama sebulan dan tidak boleh mengalami sebarang tekanan.
Dalam kekecohan mengenai kesihatan diri Aliff, bekas kekasih Aliff, Anne Ngasri langsung tidak timbul untuk memberikan sebarang reaksi.
Malah, ada yang mengatakan Aliff jatuh sakit kerana tekanan yang dialami selepas putus cinta.
Bagaimanapun, menerusi portal Murai.com, Anne telah memberikan reaksi mengenai berita sakit Aliff.
Anne enggan mengulas mengenai keadaan diri Aliff memandangkan dia hanya tahu mengenai berita itu melalui media sahaja.
Katanya, dia hanya mendoakan agar kesihatan Aliff kembali sembuh.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi apa-apa komen. Saya tahu berita itu ( Alif jatuh sakit) pun daripada sebuah media.
“Tiada apa yang boleh saya komen, cuma saya doakan dia semoga cepat sembuh,” kata Anne.
Betul-betul keras hati Anne sekarang ini.
-mynewshub

0 comments:

Post a Comment