Tuesday, October 02, 2012

Aidil Dan Jue Dah Mula Panggil ‘Sayang’

Aidil Dan Jue

Jika sebelum ini Jue Aziz menafikan yang dia berkawan rapat dengan suami kepada Rita Rudaini iaitu Adil Zafuan tetapi sebaliknya pula berlaku baru-baru ini.

Mereka berdua telah dikatakan memasuki tahap hubungan yang lebih serius apabila masing-masing sudah mula memanggil ‘sayang’ sebagai kata ganti diri.

Malah, menurut laporan Pancaindera hari ini, Aidil dikatakan telah membeli sebuah beg tangan berjenama mewah di Pavillion untuk diberikan kepada Jue yang merajuk.

Wah mewahlah Jue ye, Aidil pula jangan sebab belanja orang lain dengan barang mahal tetapi tanggungan anak dilepaskan pula.

Peliklah dengan mereka ini, sebelum ini bukan main beria-ia menafikan tentang hubungan rapat itu.

Tup-tup dah mula panggil ‘sayang-sayang’. Tak kan saja-saja nak panggil sayang kot. Lainlah kalau berlakon sama di dalam drama atau filem!

Kalau benarlah yang mereka berada di tahap serius, biarlah selepas kes penceraian Aidil dan Rita selesai.

Aidil telah pun menghantar permohonan cerai buat kali kedua kepada Rita.

Jika sebelum ini sekitar bulan Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan cerainya yang pertama, namun kali ini ia tidak mungkin berlaku.

Benar atau tidak, kena nantikan perkembangan kisah ini di mahkamah kelak.

Namun, tidak manis kalau bercinta dengan orang lain sedangkan status masih suami orang.

Selesaikan apa yang patut dulu dan lepas tue nak buat apa suka hatilah. Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment