Wednesday, October 03, 2012

Aaron Aziz, Lisa Surihani Dominasi Anugerah Blokbuster?


Tinggal kurang daripada seminggu lagi akan berlangsungnya majlis Anugerah Blokbuster yang julung-julung kali dianjurkan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem (PFM).
Anugerah yang mengikut tema dan kategori ala Anugerah MTV ini menampilkan kategori-kategori yang menarik dan antara kategori yang paling mendapat tumpuan dan perhatian sudah tentunya Anugerah Hero Terhebat dan Anugerah Heroin Terhebat.
Buat peminat dan juga pengundi bagi anugerah ini anda mempunyai dua saluran untuk memilih calon pilihan anda. Undian secara online boleh dibuat di laman rasmi anugerah ini iaituwww.anugerahblokbuster.com.my juga melalui undian secara SMS.
Untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori, undian akan dikira berdasarkan 50% undian secara ONLINE dan 50% lagi undian secara SMS. Semua keputusan undian bagi setiap kategori akan diumumkan pada Malam Kemuncak Anugerah Blokbuster yang akan disiarkan secaa langsung pada 6 Oktober 2012, jam 9 malam, eksklusif di Astro RIA.
Melihat kepada pencalonan untuk kategori Anugerah Hero Terbaik, Aaron Aziz masih mendahului ketika ini dengan undian tertinggi bagi pencalonan Anugerah Hero Terhebat untuk filem Ombak Rindu. Di tangga kedua adalah Zizan Razak menerusi filem Hantu Bonceng.
Satu lagi pencalonan buat Aaron Aziz dalam kategori ini adalah wataknya sebagai hero dalam KL Gangster dan diikuti pula dengan Johan Raja Lawak bagi filem Raya Tak Jadi. Shahir AF yang membawakan watak utamanya yang pertama di dalam Karak pula meraih di kedudukan di tangga kelima setakat ini.
Shaheizy Sam pula yang tampil dengan dua filem iaitu Sekali Lagi dan Bini-Biniku Gangster, berada di tempat keenam untuk filem Sekali Lagi. Hero pujaan ramai, Remy Ishak pula mengejutkan ramai kerana kurang mendapat undian melalui Nur Kasih The Movie.
Begitu juga dengan Sharnaaz Ahmad dan Syamsul Yusof yang berada di antara yang terbawah dalam senarai undian masing-masing untuk filem Seru dan Khurafat.
Berbeza pula dengan pencalonan untuk Anugerah Heroin Terbaik di mana Maya Karin gagal jejak langkah heronya, Aaron Aziz untuk berada di tangga teratas dalam senarai undian tertinggi. Sebaliknya, kategori ini didominas oleh Lisa Surihani bagi wataknya dalam filem Sekali Lagi dan diikuti rapat oleh Yana Samsuddin untuk filem Bini-Biniku Gangster.
Lisa Surihani sekali lagi menjadi pilihan pengundi untuk berada di tempat ketiga dalam filem Papa, I Love You dan di tangga keempat barulah muncul heroin Ombak Rindu, Maya Karin dan diikuti dengan Scha Al Yahya yang melakonkan watak tomboy dalam Aku Bukan Tomboy.
Seperti juga pasangannya di dalam filem Nur Kasih The Movie, Tiz Zaqyah juga gagal meraih undian yang banyak daripada peminat dan hanya mampu berada di tangga keenam buat masa ini. Intan Ladyana yang turut tercalon untuk filem Kembar Siang berada di tangga ketujuh, diikuti dengan Juliana Evans dalam Hantu Boceng yang terpisah hanya dengan 8 di belakangnya.
Diana Amir yang berjaya menarik perhatian ramai dengan wataknya tomboinya dalam filem 3,2,1,Cinta berada di tangga ke sembilan dan Maya Karin dalam Cun pula berada di tangga terakhir dalam kategori ini.
Biar pun Aaron Aziz dan Lisa Surihani masih lagi menguasai kedua-dua kategori ini, namun keputusan sebenar masih belum dapat diramal kerana audiens masih punya kurang seminggu lagi untuk terus mengundi secara online serta sms.
Justeru itu, jika anda mahukan hero dan heroin pilihan anda membawa pulang trofi masing-masing, inilah masa untuk anda terus mengundi. Untuk sebarang informasi mengenai Anugerah Blokbuster dan cara untuk anda mengundi secara online mahupun SMS anda boleh berbuat demikian dengan melawati laman rasmiwww.anugerahblokbuster.com.my dan keputusan kini berada di tangan anda!

-2dayblogger



0 comments:

Post a Comment