Sunday, September 30, 2012

[Video] Lelaki Berlakon ‘Si Buta’ Untuk Raba Wanita Di Tempat Awam


Seorang lelaki dari Chongqing China telah dirakamkan aksinya yang cuba meraba beberapa orang gadis dijalanan ketika beliau sedang berjalan.

Apa yang menarik mengenai lelaki tersebut, beliau berlakon sebagai orang buta bagi mendapatkan peluang untuk meraba punggung wanita yang sedang berjalan ke arahnya.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Lu, terserempak dengan lelaki berkenaan yang melakukan perkara tidak senonoh itu dan mula merakamkan aksi-aksinya.

Sepanjang 17 minit rakaman video tersebut, Lu berjaya merakamkan lelaki ‘buta’ itu telah meraba berdozen wanita dari punggung hinngalah ke peha mereka.

Lelaki yang didakwa Lu sebagai buta itu berjaya melepaskan diri di dalam lautan orang ramai sambil sempat menjeling mencari arah untuk berjalan.

Lihat video dibawah.



0 comments:

Post a Comment