Saturday, September 29, 2012

Tom Cruise Mahu Cameron Diaz Lebih Dari Kawan


LOS ANGELES, 28 SEPT 2012: Nampaknya aktor Tom Cruise benar-benar mahu mengenali dan mendekati Cameron Diaz lebih daripada seorang kawan. Lebih-lebih lagi setelah dia melihat bahawa Camaeroz Diaz kini single dan tidak berdating dengan sesiapa dan kebetulan dia pula baru saja bercerai dengan Katie Holmes.


"Tom dan Cameron memang sangat ngam dan serasi bersama. Tom juga selalu berasakan Cameron sangat cantik, pintar dan menyenronokkan. Seboleh-bolehnya dia mahu hubungan mereka di bawa ke tahap yang lebih daripada seorang kawan biasa," kata satu sumber kepada majalah Grazia edisi British.


Kebetulan pula, Tom Criuse dan Camaern Diaz seringkali digandingkan bersama di layar perak. Antaranya termasuklah filem Vanilla Sky pada 2011 serta Knight and Day (2010).


Sumber tersebut menjelaskan lagi, Tom sangat sedih semenjak berpisah dengan Katie Holmes dan kehadiran Cameron Diaz sedikit sebanyak dapat menceriakan hidupnya. Namun, tidak pasti pula apakah Cameronn juga turut menyimpan perasaan yang sama.


"Cameron memang rasa seronok bila dapat menghabiskan masa dengan Tom. Tapi, dia lebih menganggap Tom sebagai abangnya," kata sumber lain memberitahu.

-murai.com

0 comments:

Post a Comment