Sunday, September 30, 2012

Neelofa Tidak Selesa Diaju Soalan Mengenai Hans?



Neelofa Tidak Selesa Diaju Soalan Mengenai Hans? - KUALA LUMPUR : Status hubungan sebenar aktres Neelofa dengan Hans Isaac masih lagi menjadi tanda biar sebelum ini telah tersebar gosip yang mengatakan mereka benar-benar serius bercinta.
Apatah lagi bila tersebarnya cerita yang mengatakan mereka telah bercuti bersama-sama di Thailand baru-baru ini hingga memaksa Neelofa menjelaskan situasi yang sebenar bahawa ianya tidak benar.
Hakikatnya, Neelofa bercuti di Phuket bersama teman-temannya, manakala Han Isaac menghabiskan percutian di Koh Samui bersama keluarga dan kawan-kawan yang bermain golf bersama-sama.
Apapun, kisah hubungan Neelofa dengan Han Isaac masih belum reda. Malah, sewaktu ditemui di majlis memperkenalkan Neelofa sebagai duta baru kepada jenama tilem terkenal King Koil semalam, aktres cantik kelahiran Kelantan ini masih diasak dengan soalan yang sama daripada para media yang mahu tahu status sebenarnya dengan Hans Isaac.
“Kalau boleh saya tidak mahu komen dulu atau memberi sebarang ulasan kepada gosip atau soalan yang bertanyakan hubungan kami. Yang jelas saya memang berhubung dengannya sebagai teman artis. Lagipun asyik saya sahaja yang membuka mulut mengenai perkara ini, rasa macam kurang manis pula.
“Tetapi bukanlah ertinya anda harus bertanya kepada dia. Semua pun tahu Hans baru sahaja kehilangan ibunya, jadi keadaan sekarang mungkin tidak sesuai untuk memberi sebarang kenyataan,”jawabnya ketika ditanya mengenai perkembangan hubungannya bersama aktor kacak tersebut.
Baru sahaja dilanda gosip namun Neelofa mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara tersebut dan melihatnya daripada sudut yang positif.
“Baru ingat nak rileks dan release tension waktu cuti dua hari tersebut, pun kena juga cerita panas. Tetapi apa nak buat sudah lumrah artis, sering diperhatikan dan saya tidak salahkan pada mereka yang memulakan cerita ini.
“Mungkin di masa akan datang saya akan lebih berhati-hati dalam sebarang tingkah laku atau perbuatan untuk mengelakkan tercetusnya gosip seperti ini. Alhamdulillah, yang agak mengejutkan saya bila para peminat lebih menegur saya mengenai lakonan bagi Kau Yang Terindah walaupun setelah tercetusnya gosip tersebut.
“Secara tidak langsung saya percaya, peminat saya akan lebih melihat kepada kemajuan karier saya daripada perkara-perkara yang akan memburukkan nama saya,”jelasnya kepada murai.com.my dalam nada yang tenang.
Baru sahaja selesai penggambaran drama Trilogi Cinta, Neelofa akui dia terlalu sibuk dan akan berehat buat seketika daripada berlakon. Selain itu dia juga sibuk dengan pengacaraan dan tekah dirisik beberapa pihak untuk mengambilnya sebagai pengacara.
Duta bagi tiga jenama terkenal iaitu AVON, Petronas dan yang terkini King Koil ini akan sibuk semula di lokasi untuk menjayakan filem Pilot Café arahan Osman Ali yang akan memulakan penggambaran pada awal Januari depan. – Murai

0 comments:

Post a Comment