Sunday, September 30, 2012

Izara Aishah Dikatakan Penipu?



“Saya memang minat seni mempertahankan diri sejak di bangku sekolah lagi. Masa saya berumur 16 tahun, saya menyertai kelab muay thai kerana saya terlalu berminat dan saya ingin tahu macam mana nak ‘fight’. Sekarang saya disuruh bersilat pula,” ujar Izara Aishah kepada GUA ketika ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Balun’ di Taiping, Perak baru-baru ini.

Di dalam filem tersebut, Izara membawa watak sebagai Nur Ain. Jelasnya, ini filem pertamanya di mana dia tampil sebagai watak utama.

“Nur Ain seorang gadis yang pandai bersilat, perwatakannya tegas dan ber-ego tinggi. Berbeza daripada lakonan sebelum ini, saya terpaksa belajar bersilat walaupun saya mempunyai asas dalam tomoi.”

Dia mula berlatih silat sejak dua bulan yang lalu sebelum menjalani proses penggambaran.

“Saya berlatih dengan tenaga profesional yang disediakan oleh pengarah, Bob Singah. Dan sekarang, saya sudah boleh berlawan walaupun kadang-kalanya cedera. Tetapi tidaklah serius, hanya kesan lebam saja,” selorohnya.

Buat pertama kali, Izara digandingkan bersama Beto Kusyairy.

“Alhamdulillah, saya pertama kali berlakon bersama Beto dan dia sangat profesional. Dia seorang pelakon yang bagus, memahami dan untuk mendapatkan ‘chemistry’, kami berborak di lokasi untuk mendapatkan ‘feel’ dalam lakonan,” katanya.

Mengenai hubungan cintanya, ini komen Izara:

“Saya lebih senang berterus-terang, biar orang tahu yang saya memang ada kekasih. Saya lebih suka bersikap terbuka dan jujur mengenai hubungan ini. Saya tak nak orang mengatakan yang saya penipu, tiada kekasih. Apabila saya berterus-terang begini, saya rasa lebih tenang dan tiada tekanan,” jelasnya yang bakal muncul dalam filem pertamanya, ‘KL Zombie’ tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment