Thursday, September 27, 2012

Diana Amir Rahsiakan Pertunangan Mengikut Syariat Islam


Ramai yang agak terkejut apabila berita pertunangan Diana Amir dan Mohd Habib Bullah A. Rahman tersebar baru-baru ini. Namun Diana Amir berkata yang dia sekadar mengikuti syariat Islam yang tidak mengalakkan majlis pertunangan dihebohkan kepada umum.
diana amir
Untuk makluman, majlis pertunangan Diana dan Habib telah diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Diana Amir berkata kepada wartawan Mstar Online:-
Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih. Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah. Sebenarnya tada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia (Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
diana amir tunang
Seperti yang diberitahu sebelum ini, tunangan Diana Amir yang dikenali dengan nama Sir Habib merupakan petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah. Buat masa ini, tiada tarikh yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka berdua. Diana Amir berkata mereka berdua mahu mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam terlebih dahulu sambil mengukuhkan kewangan masing-masing.
Demi menghormati keselesaan dia dan keluarga, saya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai majlis itu atau hubungan kami. Cukuplah mana yang sudah tahu, saya tidak menafikannya tapi tidak perlu saya hendak bercerita panjang lebar mengenai perkara ini. Pada peringkat ini, kami mahu lebih mengenali antara satu sama lain. Belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, biarlah kami kukuhkan kewangan dahulu
Apa pun Abang Nara ucapkanlah tahniah kepada Diana Amir dan Sir Habib atas pertunangan ini. Pada peringkat ini, kami mahu lebih mengenali antara satu sama lain. Belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, biarlah kami kukuhkan kewangan dahulu, Daripada apa yang Abang Nara baca di Twitter, banyak juga penuntut-penuntut wanita di UiTM Merbok yang patah hati mendengar berita ini. Itulah sapa suruh tak ngorat Sir Habib awal-awal. Hehehe.
-beautifulnara

0 comments:

Post a Comment